Pokok tumbang hempap dua buah rumah - Utusan Malaysia

Pokok tumbang hempap dua buah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dua buah rumah di Kampung Tasik Permai berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini mengalami kerosakan selepas dihempap pokok yang tumbang sewaktu hujan lebat petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerusi satu kenyataan berkata, panggilan diterima melalui talian pusat gerakan operasi Negeri Selangor kira-kira pukul 3.32 petang sebelum mengejarkan anggota ke lokasi.

“Seramai 14 orang anggota beserta dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dan BBP Pandan Indah telah dikejarkan ke lokasi kejadian.  

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota bertugas mendapati terdapat dua buah rumah telah dihempap oleh beberapa batang pokok yang tumbang,” katanya.

Jelas kenyataan itu, terdapat juga pokok tumbang yang menghalang jalan raya serta terkena bangunan IPD Ampang Jaya.

“Anggota bertugas seterusnya menjalankan tugas-tugas pemotongan serta pengalihan pokok-pokok yang tumbang itunamun tiada sebarang laporan berhubung kecederaan diterima.

“Pemeriksaan yang dilakukan mendapati sebuah rumah mengalami kerosakan kira-kira 30 peratus manakala sebuah lagi hanya 10 peratus manakala bangunan IPD Ampang Jaya pula hanya mengalami kerosakan kecil,” jelas kenyataan itu.

Dalam pada itu, beberapa lagi kejadian pokok tumbang turut dilaporkan di lebih 10 lokasi lain sekitar Lembah Klang yang mengakibatkan kerosakan ke atas beberapa buah kenderaan.

Antara lokasi membabitkan kejadian pokok tumbang adalah di Taman Rakyat, Cheras, Taman Shamelin Perkasa, Taman Sri Bahtera, Jalan Sungai Besi, Jalan Menara Gading 1 dan berhampiran Bulatan Kampung Cheras Baru. – K! ONLINE

Keadaan sebuah rumah yang mengalami kerosakan selepas ditimpa pokok yang tumbang dalam hujan lebat d
Keadaan sebuah rumah yang mengalami kerosakan selepas ditimpa pokok yang tumbang dalam hujan lebat di Kampung Tasik Permai, Ampang petang tadi.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini