Ketika wanita lain menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga tercinta, dan ketika ibu lain menghantar anak ke sekolah serta menemani mereka membuat kerja sekolah, tetapi tidak bagi Hafizah Idris yang terpaksa berjauhan demi kerjaya yang diidamkan sejak kecil. Walaupun Hafizah dikenali dengan perwatakan lasak dan berdikari, namun sebagai wanita hatinya mudah tersentuh setiap kali terkenangkan anak-anak yang berada jauh daripada pandangan dan pelukannya. Begitulah hakikatnya percintaan jarak jauh (PJJ). Bukan…










