Piya berpisah dengan Kelantan - Utusan Malaysia

Piya berpisah dengan Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 8 April – Lagenda bola sepak Kelantan, Mohd. Badhri Radzi membuat kejutan apabila memutuskan untuk

PIYA

meninggalkan pasukan biarpun baharu sebulan kembali bersama bagi musim 2019.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Badhri atau Piya berkata, penarikan diri dibuat sejurus Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mahu mengkaji semula kedudukan bersama pasukan.

“Sebelum berlaku apa-apa, lebih baik saya mengambil keputusan mengundurkan diri.

“Lagipun kepulangan semula ke pangkuan TRW dibuat selepas mendapat tawaran dari Ahmad Fazli Mohammad (MyInspiration Sdn. Bhd.) dan Orrisa Baharom,” katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Terdahulu, Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, badan induk itu akan meneliti semula mana-mana kontrak pemain yang gaji mereka dibayar oleh KRW Sdn. Bhd. dengan jaminan kerjasama My Inspiration Sdn. Bhd. baru-baru ini.

Antara individu yang dibawa masuk menerusi jalinan kerjasama itu ialah Kraljevic, Raul Tarragona, Piya dan beberapa lagi.

Piya memberitahu, kedua-dua individu tersebutlah yang bertanggungjawab membawa dia pulang selepas penyertaan Perlis dalam saingan Liga Primier dibatalkan oleh Malaysian Football League (MFL).

Katanya, surat penghijrahkan keluar dari TRW itu sudah diserahkan kepada KAFA sekitar pukul 3.15 petang.

“KAFA sudah terima surat tersebut dan hanya menunggu maklum balas daripada badan berkenaan,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini