JAKARTA 27 April – Hujan lebat sehingga menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan komuniti di sini semalam menampakkan ‘sisi gelap’ Jakarta apabila beratus-ratus tan sampah hanyut dan memenuhi pintu air Manggarai. CNN Indonesia melaporkan, perkara itu didedahkan Gabenor Jakarta, Anies Baswedan ketika meninjau pintu air Manggarai dekat sini. Menurut beliau, sampah-sampah tersebut menjadi punca banjir di Jakarta. “Mengikut maklumat Ketua Jabatan Alam Sekitar, sekitar 170 tan sampah ‘terkumpul’ di pintu…










