Pharmaniaga perluas portfolio produk - Utusan Malaysia

Pharmaniaga perluas portfolio produk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR 23 April – Pharmaniaga Bhd. akan memperluaskan portfolio produk dan meneroka peluang berdaya maju buat kumpulan pada masa akan datang.

Pengarah Urusan Pharmaniaga, Datuk Farshila Emran
Farshila Emran 

Pengarah Urusan Pharmaniaga, Datuk Farshila Emran berkata, ia termasuk industri peralatan perubatan dan bidang baharu onkologi dan vaksin bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Katanya, kumpulan turut berusaha memperluaskan operasi di Indonesia untuk memanfaatkan potensi pertumbuhan negara tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam pada itu, kami yakin usaha berterusan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan langkah-langkah menampung kos akan terus mengukuhkan prestasi kami.

“Kami positif dengan tinjauan pada masa depan dengan memanfaatkan peluang baharu di dalam dan luar negara,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pharmaniaga di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini