KUALA LUMPUR – Kelicikan dua lelaki tempatan yang berperanan sebagai ‘tekong darat’ memindahkan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke penempatan sementara seawal pukul 2.30 pagi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan akhirnya membawa padah apabila taktik tersebut berjaya dihidu pihak berkuasa kelmarin. Kedua-dua lelaki berusia 37 dan 40 tahun berkenaan yang masing-masing memandu kereta jenis Proton Wira serta Proton Persona kemudiannya berjaya ditahan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama 11 PATI warga Bangladesh yang cuba diseludup masuk dalam tangkapan di Persimpangan Kampung Tali Air, dekat Banting, Selangor. Komander Briged Tengah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya