KUALA LUMPUR 28 April – Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) bersama Petronas Lubricant International (PLI) melancarkan pusat servis automotif Petronas Auto Expert yang pertama di Malaysia untuk memberikan kemudahan penyelenggaraan lengkap kereta berkualiti tinggi kepada pelanggan. Naib Presiden Pemasaran dan Perniagaan Hiliran Petronas, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pelancaran tersebut merupakan strategi global PLI yang bertujuan memberi perkhidmatan lengkap di bawah satu bumbung dan membawa bersama…










