Petani semakin hilang kepercayaan benih padi sah - Utusan Malaysia

Petani semakin hilang kepercayaan benih padi sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 4 April – Kecenderungan penanam padi di seluruh negara menggunakan benih haram pada masa ini adalah disebabkan oleh kerana tahap pertumbuhan dan pengeluaran hasil daripada benih padi sah dikeluarkan oleh pihak swasta yang diiktiraf kerajaan, kini semakin rendah dan diragui.

ABDUL LATEH
ABDUL LATEH 

Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kedah, Datuk Abdul Lateh Mohd. Saman ketika mendedahkan perkara tersebut berkata, maka sebab itu, para pesawah kini memilih untuk menggunakan benih padi tidak sah walaupun hasilnya belum terbukti.

Malah beliau berkata, terdapat golongan berkenaan yang menyimpan padi ditanam mereka sendiri, untuk dijadikan benih.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum ini, benih padi sah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian mempunyai tahap pertumbuhan dan hasil pengeluaran yang baik tetapi kini tidak lagi (semakin rendah).

“Mereka (pesawah) mengesyaki kilang memproses padi (yang diberikan kuota menghasil benih padi sah) menggunakan hanya padi biasa untuk dijadikan benih sah bagi mengaut keuntungan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Jamal Harizan Yang Razali berkata, negara bakal mengalami kemerosotan bekalan beras tempatan berikutan ramai penanam padi di seluruh negara dikesan semakin cenderung menggunakan benih tidak sah yang tidak terjamin hasil pengeluarannya.

Kata beliau, masalah tersebut berpunca daripada tahap kesedaran dalam kalangan pesawah tempatan amat rendah berhubung kepentingan penanaman menggunakan benih sah.

Abdul Lateh seterusnya menambah, kemerosotan tahap pertumbuhan dan hasil pengeluaran benih padi sah dibuktikan apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub baru-baru ini, melancarkan varieti benih baharu yang hanya mampu mengeluarkan 10 hingga 12 tan sehektar tanaman.

Kata beliau, berbanding negara pengeluar padi lain, benih padi dihasilkan mampu memberi pulangan kira-kira 16 tan sehektar tanaman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini