KOTA KINABALU – Seorang peserta acara larian Borneo International Marathon di sini, meninggal dunia ketika menyertai acara itu pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, mangsa Bitah Sabenting, 56, berasal dari Kota Belud tiba-tiba rebah dan pengsan semasa menghampiri garisan penamat di Stadium Likas, kira-kira pukul 7.45 pagi. “Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth II untuk mendapatkan rawatan namun telah disahkan meninggal dunia pada pukul…










