RASMI. Majlis Perasmian Pejabat Pertubuhan Wawasan 3B Daerah Kuala Muda oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berlangsung dengan jayanya di Taman Pekan Baru, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. Pengerusi pertubuhan itu, Khairul Anuar Ahmad berkata, pelbagai aktiviti dirancang selepas penubuhan biro keahlian, kemahiran, dakwah, riadah, korporat, kesenian dan geraknita tidak lama lagi. Katanya, dengan pembukaan pejabat baharu ini, ia akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli selain dapat…










