KUALA TERENGGANU 14 April – Jurulatih Terengganu FC ll (TFC ll), Tengku Hazman Raja Hassan menyifatkan permainan yang dipamerkan anak-anak buahnya ketika menentang Sarawak dalam aksi Liga Perdana malam tadi adalah yang terburuk. Tewas mengejut 1-2 kepada Skuad Bujang Senang, dis mengakui segalanya tidak menjadi biarpun TFC ll terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan pemain import dari Nigeria, Akanni Sunday Wiasu pada minit ke-15. Menurut Tengku Hazman, lebih membuatkannya…










