Permata akan dikenali Genius - Utusan Malaysia

Permata akan dikenali Genius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 April – Kabinet bersetuju menukar nama Program Permata Negara (Permata) yang diilhamkan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kepada Genius dengan pengisian program yang akan ditingkatkan kualitinya.

Memetik laporan Bernama, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, penukaran nama tersebut adalah untuk memberikan satu jenama baharu supaya menjadi lebih berdaya saing dan bersemangat.

“Penukaran nama tersebut diputuskan oleh Kabinet untuk memberikan satu jenama baharu, ‘rebranding’ agar ia lebih berdaya saing, bersemangat, tetapi ada beberapa program di bawah Permata yang diberikan kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan ada program disekalikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat beberapa program akan dipertingkatkan dari segi kualitinya meskipun fungsi dan peranan asalnya masih lagi sama,” katanya selepas Majlis Pelancaran Program Intervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta di Nilai, Negeri Sembilan, hari ini.

Permata merupakan projek perintis yang dicetuskan oleh penggerak utamanya iaitu Rosmah bersama-sama beberapa kumpulan profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan bagi membincangkan tentang permasalahan remaja kini yang membimbangkan.

Permata mengandungi lima program utama yang terdiri daripada Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja dan Permata Kurnia.

Ketika ini, terdapat pelajar berumur sembilan tahun yang mengikuti program Permata Negara sedang mengikuti kursus peringkat pra-universiti, di mana pada umur belasan tahun pelajar berkenaan mungkin akan diterima masuk ke sebuah universiti terkemuka di luar negara.

Terdapat juga sekumpulan pelajar tingkatan empat program Permata baru-baru ini menunjukkan kebolehan cukup luar biasa apabila lulus dalam Ujian Kemasukan Seragam (SAT) dengan cemerlang yang membolehkan mereka ditawar memasuki universiti di Amerika Syarikat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini