Periuk api lama dijumpai di Pulau Perhentian - Utusan Malaysia

Periuk api lama dijumpai di Pulau Perhentian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT –  Pengunjung Pantai Pasir Karang, Pulau Perhentian dekat sini gempar hari ini dengan objek bulat berkarat yang kemudiannya dikenalpasti sebagai periuk api lama.

Objek mencurigakan yang dijumpai pada pukul 9 pagi itu dipercayai merupakan tinggalan Perang Dunia Kedua.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, objek terbabit dijumpai seorang pengunjung yang sedang bersiar di kawasan pantai berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia kemudiannya ternampak objek berkenaan yang terdampar di celah permukaan berbatu sebelum memaklumkan penemuan tersebut kepada pihak polis.

“Pada mulanya dia menyangkakan objek itu merupakan sebuah bom lama namun pemeriksaan anggota polis kemudiannya mengesahkan ia adalah periuk api,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Zamri berkata, pemeriksaan lanjut mendapati periuk api tersebut dipercayai tinggalan Perang Dunia kedua terbabit sudah tidak aktif. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini