Penyokong Prabowo penuhi GBK tunai solat Subuh - Utusan Malaysia

Penyokong Prabowo penuhi GBK tunai solat Subuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 7 April – Para penyokong calon Presiden dan Naib Presiden Indonesia nombor dua iaitu Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno memenuhi Stadium Gelora Bung Karno (GBK) di sini semalam bagi menunaikan solat tahajud dan Subuh secara berjemaah.

Portal berita Republika melaporkan, jumlah jemaah yang hadir turut memenuhi kawasan koridor dan halaman stadium, selain menggunakan sejadah sebagai alas untuk solat.

Seorang daripada jemaah yang juga penyokong Prabowo-Subianto dikenali sebagai Aldi memberitahu bahawa solat Subuh berlangsung dengan kusyuk biarpun ditunaikan selama 20 minit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Solat Subuh itu diimamkan oleh Shobri Lubis dan beliau turut membacakan doa untuk kesejahteraan bangsa Indonesia dan perjuangan umat Islam di seluruh dunia.

Selepas selesai, acara diteruskan dengan sesi berzikir dan bermunajat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini