Penunggang motosikal maut langgar jengkaut - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut langgar jengkaut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang Lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum melanggar jengkaut berhampiran Cheras Sentral di Jalan Cheras menghala ke Kajang, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Idham Mohd. Rashidi, 26, disahkan maut di lokasi kejadian selepas alami kecederaan parah pada kepala. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal jenis Yamaha Y15 yang  ditunggang mangsa dalam perjalanan balik ke rumah selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa yang menunggang di lorong tengah hilang kawalan sebelum memasuki ke lorong kiri dan melanggar bahagian kanan jengkaut tersebut. 

“Akibat pelanggaran itu, mangsa jatuh di atas jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu jengkaut berusia 46 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini