KUALA LUMPUR – Ia merupakan perjalanan yang mencabar bagi kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir Malaysia sejak kejayaan bersejarahnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei, 2018, apabila gabungan itu memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen. Hampir setahun selepas kejayaan tersebut, kerajaan PH yang diterajui oleh ahli politik veteran Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya melaksanakan banyak janji pilihan raya mereka dengan lancar walaupun terdapat tekanan dari pelbagai aspek.…










