KUALA LUMPUR – Seorang pensyarah sebuah kolej komuniti mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas empat pertuduhan bersubahat berkaitan empat program Skim Kemahiran dan Kerjaya 1Malaysia (SKK1M) membabitkan jumlah lebih RM165,000 enam tahun lalu. Tertuduh Mohd. Faisal Ishak, 57, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi. Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat tertuduh sebagai Pengarah di Bahagian Hubungan Industri, Pengesahan Graduan…










