KUALA TERENGGANU 4 April – Kerajaan negeri sedang mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan bagi menangani isu penjaja jalanan yang bergerak aktif di simpang lampu isyarat di negeri ini sejak kebelakangan ini. MOHD. NURKHUZAINI Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, usaha itu bagaimanapun perlu juga dilihat dari sudut positif, malah dianggap suatu kreativiti dalam perniagaan. “Kalau dilihat dari sudut positif maka…










