KUALA LUMPUR 4 April – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berjaya mengawal provokasi yang dilakukan oleh beberapa peniaga ketika Operasi Bersepadu Penjaja Warga Asing di depan pasar raya NSK Selayang dekat sini, semalam.
Timbalan Yang Dipertua MPS, Datuk Dr. Juhari Ahmad memberitahu, provokasi itu berlaku ekoran tindakan peniaga yang berkeras dengan anggota MPS dengan mendakwa mempunyai lesen perniagaan.
“Setiap kali operasi diadakan memang ada dalam kalangan peniaga yang memberitahu bahawa mereka mempunyai lesen tetapi apabila disiasat keadaan adalah sebaliknya.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kalau kita lihat tiada pun permit rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak untuk peniaga berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.











