Analisis HARI ini memang bersejarah, bukan soal Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menuruti desakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berhubung perlunya pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dilantik dalam kalangan wakil pembangkang. Sejarahnya adalah PAC akan menyaksikan buat kali pertama seorang wanita dilantik sebagai pengerusi sejak penubuhannya pada 1959. Di United Kingdom (UK) sendiri, hanya selepas 150 tahun sejarah PAC iaitu pada 2011 baru menyaksikan wanita mengetuai jawatankuasa terpenting…










