JOHOR BAHRU 24 April – Polis Johor meningkatkan kawalan keselamatan terutama di kawasan sempadan dan pintu masuk dari Indonesia dan Singapura ke negeri ini berikutan pengeboman di Colombo, Sri Lanka yang mengorbankan lebih 300 pada Ahad lalu. Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, pihaknya juga sudah mengeluarkan arahan di semua balai di negeri ini untuk meningkat rondaan. “Buat masa ini kita ambil langkah berjaga-jaga,” katanya kepada…










