Pengarah JAS Johor bertukar ke Putrajaya - Utusan Malaysia

Pengarah JAS Johor bertukar ke Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


JOHOR BAHRU 4 April- Pengarah Jabatan Alam Sekitar Johor, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh diarah bertukar ke Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) berkuatkuasa 1 April lepas.


Mohammad Ezanni yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata beliau kini dilantik sebagai Ketua Unit Pengurusan Sisa Toksik dan Pembuangan Berjadual Kebangsaan.


“Ya, memang betul saya ditukarkan tetapi ini (pertukaran) merupakan perkara yang positif, bukannya negatif. Saya menerima maklumat pertukaran minggu lepas, malah sekarang saya sudah berada di Putrajaya,” katanya ketika dihubungi.- BERNAMA

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini