GUNUNG Kerinci mungkin agak kurang popular dalam kalangan pendaki tempatan berbanding Gunung Rinjani dan Gunung Semeru. Ketiga-tiga gunung tersebut terletak di Indonesia. Mungkin ada yang terlepas pandang tentang keistimewaan Gunung Kerinci yang terletak di Jambi, bersempadan dengan wilayah Sumatera Barat. Berdiri megah di Pergunungan Bukit Barisan, gunung itu terletak kira-kira 130 kilometer (km) di selatan Padang. Gunung yang tersergam indah itu dikelilingi hutan tebal Taman Nasional Kerinci Seblat yang merupakan…










