KUALA LUMPUR 27 April – Penduduk di Blok F, Pangsapuri Kos Rendah Taman Keramat Permai dekat sini berharap isu keretakan bangunan kediaman terbabit dapat diselesaikan dengan segera. Ketua Blok itu, Azizan Dayak ketika ditemui berkata, pihaknya mahu pihak berkenaan tidak leka dan segera menangani perkara ini. Ujarnya, kebanyakan penduduk di blok tersebut tiada tempat tinggal lain dan jika mahu menyewa di kawasan berdekatan bayaran sewa sangat tinggi. “Saya harap keretakan…










