BUKIT MERTAJAM 23 April – Seorang lelaki bukan sahaja gagal melarikan sebarang hasil samun, malah cedera parah selepas terjatuh dari bumbung rumah teres dua tingkat di Taman Bukit Mertajam Indah, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, pencuri berusia 29 tahun itu cuba melarikan diri daripada ditahan pihak polis selepas memecah masuk sebuah rumah di taman perumahan berkenaan. Difahamkan, suspek yang mempunyai lima rekod jenayah lampau itu…










