GOPENG – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini memperluaskan skop pencarian seorang peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, pihaknya membuat keputusan untuk memperluaskan skop pencarian selepas tiada petunjuk baru ditemui walaupun beberapa kali mencari di kawasan sama sebelum ini. “Hari ini kita cuba mencari mangsa…










