JELI 28 April – Seorang penumpang maut manakala tiga lagi cedera selepas bas ekspres dinaiki mereka merempuh sebuah lori di Kilometer 130, Jalan Raya Timur Barat, di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang itu mangsa, Muhammad Afiq Mohd. Zulkanain, 22, maut semasa dirawat di Hospital Jeli. Sementara itu, pemandu bas berusia 30 tahun parah dan dua penumpang lain cedera ringan. Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superintendan Nik Ahmad…










