Peminat wanita boleh tengok bola percuma - Utusan Malaysia

Peminat wanita boleh tengok bola percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 April – Bagi menggalakkan lebih ramai penyokong wanita meramaikan Stadium Shah Alam, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) buat kali pertama memperkenalkan promosi ‘Ladies Night’ untuk perlawanan pusingan ketiga Piala FA, Selasa ini.

PENYOKONG wanita boleh memasuki Stadium Shah Alam secara percuma untuk menonton aksi Piala FA antara Selangor menentang Felda United, Selasa ini sempena promosi 'Ladies Night'.

Itu bermakna, semua peminat wanita tidak kira peringkat umur boleh menonton perlawanan menentang Felda United itu secara percuma.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun tidak pula dinyatakan, sama ada tawaran itu hanya terbuka kepada peminat Selangor atau juga boleh dinikmati oleh penyokong wanita Felda United.

“Ayuh ajak mak-mak, isteri-isteri, anak-anak, tunang-tunang, gadis-gadis dan kawan-kawan perempuan anda untuk turun ke SSA (Stadium Shah Alam), Selasa ini.

“Ketahui masuk percuma perlawanan antara Selangor dan Felda United melalui pautan di IG (Instagram) Story kami,” tulis FAS dalam faselangormy.

Piala FA antara trofi yang menjadi buruan The Red Giants musim ini, selain Piala Malaysia.

Biarpun kedudukan anak-anak buah B. Sathianathan dalam perebutan gelaran Liga Super agak jauh di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila ditinggalkan 10 mata, namun semuanya masih tidak mustahil.

Selangor masih memegang reputasi sebagai pemenang terbanyak Piala FA (lima kali) dan Piala Malaysia (33 kali), namun mereka tewas 0-2 kepada Pahang dalam perebutan kejuaraan tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini