MANCHESTER 14 April – Peminat bola sepak berang Paul Pogba terlepas hukuman selepas melakukan tendangan ala ‘kung fu’ terhadap penyerang West Ham, Robert Snodgrass. Dua sepakan penalti yang disempurnakan oleh Pogba memastikan United menang 2-1 ke atas West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris, hari ini selepas bergelut untuk mencari gol. Selepas menyempurnakan sepakan penalti kedua, Pogba kemudian berkampung di kawasan sendiri untuk membantu benteng pertahanan. Bagaimanapun, dalam keterujaan untuk…










