DUNGUN – Seorang pembalak maut selepas dihempap dahan pokok sewaktu sedang menebang sebatang pokok balak di dalam Hutan Pasir Raja, Hulu Dungun dekat sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, Suarno Ibrahim, 54, yang berstatus penduduk tetap maut akibat kecederaan di bahagian kepala. Pegawai Zon II Jabatan Bomba Dan Penyelamat Terengganu, Azmi Ab. Rahim berkata, Suarno yang berasal dari Indonesia yang mempunyai pengalaman 20 tahun sebagai pembalak baru…










