KUANTAN – Pemandu Grab serta pengusaha ladang sawit masing-masing kerugian RM80,000 dan RM64,770 selepas diperdaya dalam dua kes berasingan semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pemandu Grab berusia 40 tahun dari Bera itu dihubungi suspek menyamar wakil dari pihak Telekom Malaysia (TM). “Mangsa dimaklumkan talian telefon rumahnya akan dipotong kononnya terlibat perjudian online. Talian kemudian disambung kepada lelaki menyamar polis yang meminta bayaran…










