Pemandu maut kereta terbabas - Utusan Malaysia

Pemandu maut kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEAUFORT 4 April – Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas di Kilometer 13 Kampung Bukau Jalan Beaufort-Sipitang, di sini petang tadi.

Mangsa Jainie Mohd. Yusoff, 54, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Beaufort.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Azmir Abdul Razak berkata, dalam kejadian pada pukul 6.50 pagi itu, mangsa sedang dalam perjalanan dari Beaufort menuju ke Sipitang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, kereta Proton Persona yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan dan masuk ke dalam parit.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata pemandu tidak disyaki mabuk dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini