Pelayan warga Vietnam menyorok dalam kabinet - Utusan Malaysia

Pelayan warga Vietnam menyorok dalam kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seramai 30 pelayan warga Vietnam yang sedang asyik melayan pelanggan mereka ditahan dalam satu serbuan kelab malam di sekitar Station 18 dan Jalan Mustapha Al Bakri di sini kelmarin. 

Pengarah Jabatan Imigresen Perak, Kamalludin Ismail berkata, pihaknya bertindak selepas mendapati maklumat daripada orang awam dan hasil risikan mendapati kelab malam berkenaan disyaki menawarkan perkhidmatan seks.

“Sewaktu serbuan dibuat, wanita-wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan ini sedang asyik melayan pelanggan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, ada di antara mereka cuba melarikan diri dengan bersembunyi di dalam cabinet simpanan minuman keras dan bilik air,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Tambah Kamalluddin, kelab malam tersebut memulakan operasi mereka pada pukul 8 malam sehingga awal pagi dan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan bayaran antara RM150 hingga RM250 sejam.

“Kita telah memeriksa 64 individu dalam serbuan tersebut dan 31 daripada mereka berusia 17 hingga 47 tahun melibatkan 30 wanita warga Vietnam dan seorang lelaki tempatan yang merupakan majikan mereka telah ditahan.

“Kesemua mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah,” katanya.

Katanya, majikan mereka pula didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi warga asing tanpa pas yang sah serta memiliki perakuan palsu dalam pasport mengikut Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua warga asing dibawa ke Depot Imigresen Langkap untuk tindakan lanjut.

“Operasi yang bermula pada pukul 9 malam itu disertai 18 pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Perak dan turut disertai 25 anggota Polis Diraja Malaysia,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini