Pelajar parah dibelasah anak staf kedutaan AS - Utusan Malaysia

Pelajar parah dibelasah anak staf kedutaan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki yang dilaporkan parah selepas didakwa terjatuh di dalam tandas di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur di Ampang Hilir di sini pada Rabu lalu rupa-rupanya terlibat dalam pergaduhan di sekolah berkenaan.

Pergaduhan itu dipercayai berlaku antara mangsa yang berusia 15 tahun dengan anak seorang kakitangan di pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang memegang pasport diplomatik.

Difahamkan, selepas kejadian itu, pihak sekolah menghubungi keluarga mangsa dan memaklumkan anak lelaki mereka dalam perjalanan dihantar ke hospital selepas terjatuh di tandas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ibu mangsa yang meragui perkara itu kemudian membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya telah pergi ke sekolah tersebut pada Jumaat lalu untuk mengambil keterangan mereka yang terlibat dan masih menunggu laporan penuh daripada pihak pentadbiran sekolah.

“Pihak sekolah juga telah menggantung persekolahan suspek yang ber­usia 14 tahun selama tiga hari sehingga Jumaat lalu.

“Setakat ini kita sudah mengambil keterangan empat individu bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Polis dipercayai masih belum me­rakam keterangan mangsa kerana remaja itu masih menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini