SHAH ALAM – Pejabat Raja Muda Selangor menafikan penglibatan Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah dalam program Santai Teh Tarik bersama empat Putra Mahkota yang berlangsung di Mahkota Parade, Bandar Hilir Melaka seperti yang tular di media sosial sejak semalam. Setiausaha Sulit kepada Raja Muda Selangor, Saidatul Asyikin Muhammad Johar berkata, penggunaan gambar Tengku Amir Shah dalam poster berkenaan juga tanpa kebenaran rasmi pihak Istana Selangor. Saidatul Asyikin menambah,…










