PDB sasar ahli Kad Mesra cecah 11.5 juta - Utusan Malaysia

PDB sasar ahli Kad Mesra cecah 11.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 April – Petronas Dagangan Berhad (PDB) menyasarkan bilangan pemegang Kad Mesra meningkat kepada 11.5 juta orang tahun ini berbanding 10.5 juta pada 2018 susulan pelancaran edisi kedua kempen Mesra Bonanza.

Ketua Perniagaan Runcitnya, Khalil Muri berkata, edisi pertama kempen itu yang diadakan pada tahun lepas terbukti menerima sambutan hangat daripada pelanggan yang turut meningkatkan bilangan pengguna aktif dan ahli Kad Mesra, masing-masing sebanyak 15 dan 17 peratus.

“Tahun lepas kami mencatat peningkatan jumlah pelanggan dan pengguna aktif kad ini didorong oleh kejayaan kempen edisi pertama. Kami menjangkakan keadaan itu berterusan pada tahun ini,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Khalil berkata, susulan maklum balas pelanggan pada tahun lepas, syarikat bertindak menambah baik kempen dengan hanya menumpukan kepada ganjaran dalam bentuk wang tunai serta pengumpulan mata Mesra.

“Kami berharap dapat menyuntik pengalaman lebih menarik menerusi edisi kedua ini yang mana pelanggan hanya perlu mengisi minyak dan menggunakan Kad Mesra untuk menyertai kempen dan berpeluang memenangi hadiah,” katanya.

Kempen Mesra Bonanza yang diadakan mulai hari ini sehingga 31 Januari 2020 dan eksklusif untuk pemegang Kad Mesra, menawarkan ganjaran tunai lebih RM1.7 juta dan mata Mesra bernilai lebih RM2 juta kepada lebih 10,000 pemenangnya.

Pelanggan hanya perlu membelanjakan minimum RM30 bagi pembelian minyak atau produk Kedai Mesra untuk merebut hadiah bulanan 20,000 mata mesra yang bersamaan RM200.

Mereka juga boleh berbelanja RM500 secara terkumpul dalam tempoh dua bulan untuk layak merebut hadiah utama RM100,000 yang akan diberi kepada tiga pemenang bagi setiap dua bulan manakala 14 pemenang pula akan menerima wang tunai RM3,000 setiap seorang. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini