Bunyi deruan angin dapat didengari ketika menyusuri sebatang jalan raya yang lengang di perkampungan kecil Nagoro yang terletak di kawasan pergunungan terpencil, barat Jepun. Walaupun lengang, di kiri dan kanan jalan raya kelihatan seolah-olah sibuk dengan deretan patung bersaiz manusia yang bilangannya melebihi penduduk Nagoro yang berjumlah 27 orang. Nisbah patung dengan manusia yang terdapat di kampung itu ialah 10 patung berbanding seorang penduduk, kesemuanya hasil kerja tangan seorang wanita,…










