Pasar Borong Selayang digempur lagi - Utusan Malaysia

Pasar Borong Selayang digempur lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 April – Sebanyak 13 individu termasuk tujuh warga tempatan ditahan dalam Op Cantas Pasar Borong dijalankan di Pasar Borong Selayang, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, operasi dijalankan bagi membanteras kegiatan pemerasan dan peniaga gerai haram di sekitar pasar borong berkenaan.

Menurutnya, serbuan dijalankan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman kira-kira pukul 7 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang daripada tujuh warga tempatan yang ditahan berusia 49 tahun dipercayai bertindak sebagai penjaga tapak gerai haram yang memeras ugut peniaga di sekitar pasar tersebut.

“Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan manakala enam lagi warga tempatan termasuk seorang wanita akan ditahan untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rusdi berkata, enam warga asing yang ditahan terdiri daripada empat lelaki warga Myanmar yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) manakala dua lagi lelaki warga Bangladesh menggunakan pas lawatan sosial serta pas kerja pertanian dan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” jelasnya.

Tambahnya, kesemua yang ditahan berusia antara 17 hingga 57 tahun dan dibawa ke Lokap Berpusat Kuala Lumpur dekat Jinjang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini