Parlimen: RM3.15 juta diperuntuk atasi pencemaran Sungai Ulu Benut - Utusan Malaysia

Parlimen: RM3.15 juta diperuntuk atasi pencemaran Sungai Ulu Benut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG – Kerajaan Pusat memperuntukkan RM3.15 juta diperuntukkan bagi memastikan tidak berlaku lagi sebarang limpahan dan air larut resap (leachate) ke Sungai Ulu Benut yang menjejaskan 75,000 penduduk Simpang Renggam dan kawasan sekitarnya.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik berkata, peruntukan berkenaan merangkumi pembinaan benteng di Sungai Ulu Benut dan penambahbaikan Loji Rawatan Leachate (LTP) di kawasan terbabit yang sebelum ini terjejas akibat operasi Tapak Pelupusan Sampah Ladang CEP 1, di Renggam, di sini.

Menurutnya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dalam masa sama juga sudah mengarahkan penutupan segera operasi Tapak Pelupusan Sampah Ladang CEP 1 tersebut, mulai 26 Mac lepas, selepas berlakunya limpahan sisa dari tapak pelupusan sampah terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas ini tiada lagi sampah yang akan masuk ke Simpang Renggam dan ini adalah satu berita baik kepada rakyat Simpang Renggam setelah bertahun-tahun mengalami masalah terbabit,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Tapak Pelupusan Sampah Ladang CEP 1, Renggam hari ini.

Maszlee yang juga Menteri Pendidikan berkata, selain berpunca daripada tapak pelupusan sampah, pihaknya akan turut melakukan aktiviti mengenalpasti sumber-sumber pencemaran air yang lain seperti ladang-ladang ternakan ayam dan sisa kumbahan yang tidak dirawat dengan betul. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini