SAUDARA PENGARANG,SEMUA pihak harus memainkan peranan masing-masing dalam membendung sebarang pengaruh tidak baik atau ekstrem yang boleh dipengaruhi melalui permainan video sama ada berbentuk cakera padat atau versi dalam talian. Permainan video melibatkan tindak balas antara muka pengguna (user interface) untuk menghasilkan maklum balas visual di sebuah peranti video. Perkataan video dalam permainan secara tradisinya menggambarkan sesebuah peranti paparan bitmap atau raster. Sistem elektronik yang digunakan untuk permainan video dikenali…










