Palace sedia lepaskan Zaha - Utusan Malaysia

Palace sedia lepaskan Zaha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 21 April – Crystal Palace bersedia untuk melepaskan Wilfried Zaha pada musim panas ini namun meletakkan tanda harga 80 juta pound (RM429 juta).

Palace menyedari mereka tidak boleh menyimpan Zaha di Selhurst Park selepas pemain Ivory Coast tanpa berselindung memberitahu mahu meninggalkan kelab tersebut lantas mendorong majikannya meletakkan harga maksimum kepada mana-mana pasukan yang ingin membelinya.

Tidak dinafikan Zaha antara pemain berpengaruh di kelab tersebut dan kerana itu beberapa kelab terkemuka di Eropah berminat mendapatkannya termasuk Arsenal yang kerap mengikuti rapat perkembangannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, dengan kekangan kewangan yang dihadapi The Gunners kelab itu perlu berfikiran kreatif jika ingin mendapatkan Zaha.

“Saya perlu mencapai sesuatu yang lebih baik berdasarkan kemampuan yang dimiliki. Saya perlu mensasarkan untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi, memenangi trofi. Saya ada pengalaman dalam Liga Juara-Juara cuma saya perlukan peluang, itu sahaja dan selebihnya saya uruskan,” kata Zaha. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini