Orang awam bantu cari mangsa hilang nasihat utamakan keselamatan - Utusan Malaysia

Orang awam bantu cari mangsa hilang nasihat utamakan keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG 1 April – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menasihatkan orang ramai yang mahu membantu mencari peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak seminggu lalu agar mengutamakan aspek keselamatan.

Komander Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm), Ismail Abdul Ghani berkata, berdasarkan pemantauan yang dijalankan sepanjang 10 hari operasi, terdapat kumpulan yang tidak memakai kelengkapan bersesuaian termasuk ada dalam kalangan mereka yang hanya berselipar.

Katanya, lokasi pencarian adalah merupakan kawasan hutan yang mana setiap daripada mereka perlu menggunakan peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk keselamatan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita bukan mahu menolak sumbangan tetapi ingin pastikan mereka ini masuk dan keluar (mencari) dalam keadaan selamat. Kita tidak mahu berlaku insiden selepas insiden.

“Ada yang pakai selipar dan kita nasihat mereka untuk pakai peralatan yang sesuai. Kawasan yang mereka ingin masuk ini adalah berbukit dan licin, jika pakai peralatan yang tidak lengkap besar kemungkinan akan timbulkan masalah kepada diri sendiri,” katanya dalam sidang akhbar di pos kawalan bomba di Kampung Pintu Padang di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini