PENYANYI Nubhan sudah bersedia untuk kembali aktif menyanyi selepas empat tahun berehat daripada bidang seni kerana memberi fokus terhadap perniagaan yang diusahakan. Terdahulu pada Oktober tahun lalu, pemilik nama lengkap Ahmad Nubhan Ahamad itu telah muncul dengan single terbaharu berjudul Selamat Jalan Cinta. Bagaimanapun, disebabkan tempoh berehat yang lama sebelum ini memberi cabaran buat Nubhan untuk kembali memahatkan namanya dalam industri muzik. Bersedia untuk kembali sibuk, penyanyi berusia 33 tahun…










