BARANGKALI bukan satu permulaan yang baik buat pelakon Nina Iskandar pada tahun ini apabila sekitar pertengahan Mac lalu, dia diduga dengan kontroversi panas. Namun, lumrah dunia anak seni, kalau tidak dilanda kontroversi atau terpalit gosip hangat umpama tidak lengkaplah seputar kehidupan seseorang artis itu. Tidak kira sama ada orang baharu atau lama, perkara seperti ini walau tidak diminta tetap akan memerlukan seseorang artis itu untuk bijak mengendali agar perkara yang…










