BATU KAWAN 28 April – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang sejak pukul 11 pagi hari ini selepas dipercayai terjatuh dari bot di muara Sungai Semilang di sini ditemukan maut. Mayat mangsa, Md. Kasim Chat, 65, ditemukan kira-kira pukul 4.20 petang di bawah Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2.1 dari Perai menghala ke kawasan pulau iaitu kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh dari bot. Difahamkan, mangsa merupakan seorang pesara…










