JERANTUT 16 April – Pasukan Liga M4 (amatur) pertama yang layak ke pusingan ketiga Piala FA, Jerantut mahu meneruskan kejutan apabila menerima kunjungan Perak di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka di sini esok. Skuad kendalian Ahmad Nazri Mohd. Nor yang mendapat julukan The Kampung Boys itu tidak akan memberi laluan mudah kepada Perak yang dua kali telah menjulang Piala FA. Ahmad Nazri berkata, pasukannya sudah bersedia untuk berdepan anak-anak buah Mehmet Durakovic di laman sendiri. “Perak sudah pasti menjadi pilihan namun kami akan berjuang habis-habisan dan keputusan menang atau kalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya