KUALA LUMPUR – Selepas dinobat selaku Pengarah Terbaik menerusi Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) hujung Mac lalu menerusi filem Crossroad: One Two Jaga, pelakon dan pengarah Nam Ron sekali lagi mengulang kejayaan sama menerusi Anugerah Festival Filem Antarabangsa Asean 2019 (AIFFA2019) semalam. Pada malam anugerah yang diadakan di Kuching, Sarawak itu, Nam Ron diangkat selaku Pengarah Terbaik, sementara pelakon Amerul Affendi pula membawa pulang kategori Pelakon Pembantu Terbaik. “Alhamdulillah. Terima…










