SAUDARA PENGARANG,AHAD lalu, dua lelaki dipercayai warga Myanmar maut selepas dirempuh komuter ketika melintas laluan tren itu di Kilometer 371.7 Sungai Buloh-Kepong. Tahun lalu sahaja, seramai 17 mangsa maut dilanggar tren di pelbagai lokasi di sepanjang 1,655 kilometer jajaran kereta api Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Perkhidmatan tren semakin efisien dan laju. Hari ini, KTMB beroperasi di seluruh Semenanjung, membawa bersamanya sejumlah 108,352 penumpang sehari atau 3.29 juta orang sebulan.…










