KUALA LUMPUR- Impian pelakon popular, Nabila Huda Suhaimi, 36, untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila dia memberitahu dirinya mengalami keguguran anak keduanya pada hari ini. Nabila yang baru sahaja merangkul anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) memberitahu berita tersebut menerusi kemas kini status di laman Instagramnya sebentar tadi. “Saya sebenarnya ingin berkongsi satu rahsia kepada semua iaitu baru-baru ini saya telah disahkan hamil selepas empat…










