“SEMENJAK kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada 1511 dan sepanjang 400 tahun di bawah pemerintahan kolonial Barat yang silih berganti, bangsa Melayu seakan-akan gagal mengembalikan kekuatan dan perpaduan mereka. Peninggalan Kesultanan Melayu Melaka terus terpecah-pecah menjadi unit-unit politik kecil. Golongan bangsawan beransur-ansur hilang peranan sebagai peneraju kegiatan cendekiawan dan kebudayaan. Hanya dua unsur yang mengekalkan kewujudan bangsa Melayu di zaman penjajahan itu iaitu agama Islam dan bahasa Melayu.” Demikian petikan dari…










